Tuesday, February 16, 2010

CH 1.4 SIFAT-SIFAT PENDERIA



CHAPTER 1: PENDERIA & PENGGUNAANNYA
1.4 SIFAT-SIFAT PENDERIA


1.4 : Sifat-sifat penderia yang dikehendaki
i) Ketepatan tinggi ( High accuracy)
Takrifan: Nilai pembolehubah yang boleh dideria oleh penderia menepati nilai sebenar iaitu nilai yang tidak memberikan tiada ralat positif atau negatif.

ii) Kepersisan tinggi (high precision)
Takrifan: Perubahan nilai pembolehubah yang diukur dari nilai ukuran sebelumnya adalah minima.

Note: Perbezaan antara ketepatan dan kepersisan
Analogi: Tembakan di papan sasar


iii)Julat operasi besar (wide operational range)
Takrifan: Bidang kawasan penderiaan mestilah luas.
iv) Kecepatan sambutan yang tinggi ( high speed of response)
Takrifan: Kepantasan penderia memberikan isyarat apabila perubahan dideria. Penting untuk kawalan on-line

v) Tentukuran mudah dan cepat ( easy and fast calibration)
Takrifan: Pengsetan peralatan kepada setting point atau nilai piawai mudah dan cepat dilakukan

vi) Keboleharapan tinggi ( high reliability)
Takrifan: Penderia boleh berfungsi dengan baik dan tidak mudah rosak pada jangka masa panjang.

vii) Harga berpatutan dan senang digunakan
Takrifan: Harga mestilah berpatutan dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja.



No comments:

Post a Comment